Eksplorasi Cilik Digital (2) Sesi November 2023
13 November 2023 | Aktiviti TerkiniPada 12 November 2023 (Ahad), PEDi Sg. Bandung telah mengadakan aktiviti Eksplorasi Cilik Digital (2). Aktiviti ini telah disertai oleh 12 orang pelajar sekolah rendah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah STEM: Straw Airplane, Kelas e-Learning kuiz Kahoot dan juga kelas Soft Skills: Dekorasi Donut.
Untuk aktiviti STEM, pelajar telah diminta untuk menghasilkan sebuah bentuk kapal terbang. Aktiviti ini menerapkan konsep sains terhadap penciptaan kapal terbang menggunakan straw dan kertas sahaja. Dalam aktiviti ini, pelajar-pelajar boleh membuat kesimpulan bahawa penerbangan kapal terbang bergantung kepada cara penghasilannya seperti keluasan bentuk bulat kapal terbang. Aktiviti ini menguji pelajar untuk menjadi lebih kreatif dan berdaya saing dalam memastikan siapa yang dapat menghasilkan straw airplane yang dapat diterbangkan dengan jarak yang jauh.
elain itu, staf PEDI Sg Bandung telah mengajar para pelajar bagaimana cara untuk membuat donut serta mendekorasi donut yang telah digoreng. Pelajar-pelajar disediakan glaze donut serta manik untuk mendekorasi donut masing-masing. Staf PEDI telah menunjukkan contoh kepada pelajar bagaimana untuk membuat dekorasi donut. Pelajar-pelajar diminta untuk membawa balik hasil kerja masing-masing.
Disamping itu, untuk kelas e-learning, Kuiz Kahoot diadakan bersama pelajar sebagai aktiviti ulangkaji. Para pelajar telah diuji pengetahuan berkaitan dengan nama haiwan dan tabiat pemakanan haiwan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: