dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sg. Bandung, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Eksplorasi Cilik Digital (1) Sesi November 2023

6 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 05 November 2023 (Ahad), PEDi Sg. Bandung telah mengadakan aktiviti Eksplorasi Cilik Digital yang disertai oleh 10 orang pelajar sekolah rendah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah STEM IoT: Aplikasi Quiver, Asas ICT: Komponen Komputer dan juga aktiviti e-Learning: Colouring.

Aktiviti STEM IoT menggunakan aplikasi Quiver ini dijalankan dengan menggabungkan kaedah mewarna fizikal dan teknologi dimana para pelajar diberi peluang untuk melihat dunia nyata serta elemen tambahan apabila hasil mewarna mereka diimbas dengan menggunakan aplikasi Quiver Vision.

Selain itu juga, dalam aktiviti Asas ICT, staf PEDI Sungai Bandung juga mendedahkan kepada pelajar-pelajar tersebut lima asas komputer serta fungsinya. Selepas selesai menerangkan lima asas komponen komputer, pelajar-pelajar tersebut diminta menjawab kuiz asas komponen komputer di dalam wordwall bagi menguji kefahaman mereka.

Disamping itu, pelajar-pelajar juga diminta untuk mewarna lukisan di dalam talian iaitu menggunakan laman web Coloring.Apps.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.