dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sg. Bandung, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Eksplorasi Cilik Digital (1) Sesi Disember 2023

10 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 09 Disember 2023 (Sabtu), PEDi Sg. Bandung telah mengadakan aktiviti Eksplorasi Cilik Digital (10). Aktiviti ini telah disertai oleh 10 orang pelajar sekolah rendah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah STEM: Balloon Rocket Races, Kelas e-Learning: Quizizz Matematik dan juga kelas Soft Skills: Sandwich Egg Mayo.

Untuk aktiviti STEM, pelajar telah diminta untuk membuat Balloon Rocket menggunakan Balloon, Straw, Tape dan Benang. Aktiviti ini menerapkan konsep sains terhadap penciptaan roket. Aktiviti ini menguji pelajar untuk menjadi lebih kreatif dan berdaya saing dalam memastikan siapa yang dapat menghasilkan Balloon Rocket yang dapat diterbangkan dengan jarak yang jauh.

Selain itu, staf PEDI Sg Bandung telah mengajar para pelajar bagaimana cara untuk membuat sandwich Egg Mayo. Pelajar-pelajar disediakan Roti Bantal, Timun, Tomato serta Egg Mayo untuk menghasilkan sandwich masing-masing. Staf PEDI telah menunjukkan contoh kepada pelajar bagaimana untuk membuat Sandwich Egg Mayo. Pelajar-pelajar diminta untuk membawa balik hasil kerja masing-masing.

Disamping itu, untuk kelas e-learning pula, Kuiz menggunakan Quizizz diadakan bersama pelajar sebagai aktiviti pembelajaran secara atas talian. Para pelajar telah diuji pengetahuan berkaitan dengan Matematik iaitu pengiraan tambah sebagai aktiviti ulangkaji.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2025 Semua Hakcipta Terpelihara.