dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sg. Bandung, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas ICT

21 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Mac 2024 (Jumaat), NADI Sg. Bandung telah mengadakan kelas ICT bersama dua orang pelajar sekolah rendah. Petugas NADI telah memberikan bimbingan kemahiran menaip. Petugas NADIi meminta pelajar tersebut untuk menaip angka dan nombor serta menaip cerita pendek di dalam Microsoft Words.

Selain itu, pelajar tersebut juga dikehendaki untuk membuat calendar menggunakan Microsoft Words. Pelajar tersebut diajar membuat kalendar menggunakan table di dalam Microsoft Words.

Selain itu, petugas NADI Sg Bandung telah mengajar para pelajar cara untuk memasukkan gambar yang dicari didalam Google Chrome ke dalam Microsoft Word. Para pelajar juga dibimbing bagaimana untuk memasukkan gambar dan menaip nama setiap gambar tersebut.

Disamping itu, untuk aktiviti e-Learning pula, petugas NADI juga mengajar pelajar tersebut mengira nombor menggunakan permainan dalam talian iaitu ABCYA sebagai selingan aktiviti ulangkaji matematik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.