dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sg. Bandung, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Asas ICT dan NADI Safe Shield Tahun Satu

22 September 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 21 September 2024 (Sabtu), NADI Sg. Bandung telah mempromosikan Program Smart Services yang terdapat di NADI Sg. Bandung. Petugas NADI telah menjemput pelajar-pelajar sekolah rendah tahun 1 untuk menyertai aktiviti iaitu NADI Safe Shield berkaitan dengan Buli Siber dan Cyber Grooming. Selain itu, petugas NADI juga menyediakan aktiviti lain iaitu kelas asas ict dan kuiz e-learning dalam talian.

Seramai 9 orang pelajar tahun 1 Sekolah Rendah Plaman Baki/Menaul telah menyertai aktiviti NADI Sg. Bandung dan pelajar-pelajar tersebut telah diajar cara untuk mengeja dan menaip di dalam Microsoft Words. Selain itu, pelajar-pelajar tersebut diajar menggunakan papan kekunci dan kegunaannya. Petugas NADI juga mengajar pelajar-pelajar tersebut menggunakan Google dan bagaimana membuat carian di dalam Google.

Untuk kelas E-learning, petugas NADI Sungai Bandung telah mengajar pelajar-pelajar mengenal komponen komputer di dalam Wordwall. Ini bagi memberikan pengenalan kepada pelajar-pelajar berkaitan asas komponen komputer yang perlu mereka ketahui. Selain itu, pelajar-pelajar juga diajar mengenal five senses melalui permainan dalam talian ABCYA.

Selain itu, petugas NADI juga telah membuka tayangan video Safe & Shield (KDB) kepada pelajar-pelajar tahun 1 tersebut bertujuan untuk memperkenalkan asas keselamatan dalam talian kepada kanak-kanak. Petugas NADI telah membuka video Klik Dengan Bijak berkaitan dengan Buli Siber dan Cyber Grooming. Hal ini untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar tersebut mengenai bahaya buli siber yang boleh menyebabkan seseorang boleh menjadi murung, resah atau penyakit lain yang berkaitan dengan tekanan. Cyber Grooming pula ialah menjalinkan perhubungan emosi dengan kanak-kanak atau remaja bagi tujuan penderaan sek, eksploitasi atau pemerdagangan seks. Ini bagi memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar tersebut bahayanya penggunaan telefon pintar tanpa dipantau oleh ibu bapa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.