dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sg. Bandung, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kursus Latihan Pengendali Makanan

12 Jun 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Jun 2024, pihak NADI Sg. Bandung telah bekerjasama dengan SL Niaga yang merupakan Sekolah LPM yang diiktiraf KKM bagi menganjurkan Kursus Latihan Pengendali Makanan secara atas talian. Tiga orang usahawan telah menyertai kursus pengendali makanan melalui aplikasi Google Meet.

Setiap pengendali makanan wajib menghadiri Latihan Pengendali Makanan (LPM) dan mendapat sijil daripada institusi yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, merujuk kepada Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Selepas menyertai Kursus Latihan Pengendalian Makanan yang diiktiraf oleh KKM ini, setiap peserta akan:

    • Mendapat pengetahuan asas kebersihan dan keselamatan makanan.
      Memahami dan meningkatkan kesedaran pengendali makanan ke arah pengendalian makanan secara bersih dan selamat sekaligus menyumbang kepada usaha mengurangkan kadar kes keracunan makanan seluruh Malaysia.
      Pengendali makanan memiliki sijil LPM diiktiraf oleh KKM untuk mematuhi kehendak Akta Makanan1983 dan Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.
      Memenuhi keperluan dokumen dalam permohonan Lesen Operasi Premis Makanan, Pengiktirafan Halal JAKIM, Pensijilan GMP/HACCP KKM dan lain-lain.
  • Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

    Kembali Ke Atas

    kembali
    © Semua Hakcipta Terpelihara.