Eksplorasi Cilik Digital Sesi Jun 2024
24 Jun 2024 | Aktiviti TerkiniNADI Sg. Bandung telah mengadakan aktiviti Eksplorasi Cilik Digital bagi sesi Jun pada 23 Jun 2024, Ahad. Seramai 15 orang pelajar sekolah rendah telah menyertai aktiviti tersebut. Pelbagai aktiviti telah diadakan, antaranya ialah STEM IoT, E-learning, Basic ICT dan juga softskills.
Antara aktiviti STEM yang dijalankan ialah menghasilkan model kereta dan menghasilkan lung model menggunakan belon. Petugas NADI telah membuat demonstrasi kepada pelajar bagaimana cara penghasilan kereta. Pelajar-pelajar tersebut diberikan template model kereta, gunting dan gam. Manakala untuk lung model, pelajar-pelajar diberikan template paru-paru, straw, gunting, slotep dan juga belon. Eksperiment lung model ini untuk mengajar pelajar-pelajar bagaimana paru-paru kita berfungsi.
Selain itu, untuk aktiviti e-learning iaitu pelajar-pelajar diminta untuk membuat kuiz dalam talian menggunakan Wordwall iaitu Cara Pembiakan Haiwan. Selain itu, pelajar-pelajar juga diminta untuk menjawab kuiz didalam ABCYA iaitu 5 senses Quiz dan Adventures Man - Days of The Week.
Untuk aktiviti asas ICT pula, para pelajar telah diberi tunjuk ajar untuk menaip nama 14 negeri di dalam Microsoft Words dan membuat pencarian bendera negeri di dalam carian Google. Selain itu juga, pelajar-pelajar diminta untuk menulis artikel berkaitan dengan buli siber untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai buli siber. Pelajar-pelajar dalam linkungan umur 7-10 tahun diminta untuk menaip cerita pendek dan menaip angka serta nombor menggunakan Microsoft words untuk melatih para pelajar menaip. Di samping itu, petugas NADI telah memberi tunjuk ajar kepada pelajar dalam lingkungan umur 11-12 tahun membuat akaun gmail masing-masing.
Untuk kelas softskill pula, pelajar-pelajar diberi tunjuk ajar membuat Puppet Origami dan mewarna origami. Pelajar-pelajar disediakan template puppet dan gunting.
Selain itu juga, para pelajar telah diberi info advokasi Klik Dengan Bijak mengenai Buli Siber dan Cari Kata Tersembunyi mengenai Klik Dengan Bijak. Tayangan video advokasi telah dipertontonkan kepada para pelajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: