Webinar Kesejahteraan Kendiri Kanser Serviks (Pangkal Rahim)
6 November 2024 | Aktiviti TerkiniPada 05 November 2024 (Selasa), petugas NADI telah menyertai sesi webinar dalam talian menggunakan Google Meet. Dalam webinar ini menerangkan berkaitan dengan kanser serviks atau kanser pangkal Rahim. Kanser serviks atau kanser pangkal rahim merupakan antara penyakit kanser yang mencatatkan kadar kematian tinggi dalam kalangan wanita. Di Malaysia sahaja, kanser ini menjadi kanser ketiga paling tinggi dialami oleh wanita. Kanser serviks adalah kanser yang boleh disaring dengan menggunakan kaedah saringan yang mudah dan ia dapat mengurangkan kadar kematian dalam kalangan wanita. Lakukan saringan awal untuk mengesan kanser serviks seperti ujian Pap Smear atau ujian HPV. Dua ujian saringan ini boleh membantu mencegah kanser serviks atau mengesannya dengan lebih awal.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: