Webinar Wellbeing Support
7 November 2024 | Aktiviti TerkiniPada 06 November 2024 (Rabu), petugas NADI telah menyertai webinar Wellbeing Support melalui Google Meet. Webinar ini dijalankan untuk petugas-petugas NADI berbincang dan mendapatkan maklumat terkini mengenai saringan kesihatan yang dijalankan di NADI. Sebagai usaha untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat dan lebih cakna dengan kesihatan diri sendiri, perkhidmatan pintar NADI Kesejahteraan Kendiri menggalakkan orang ramai untuk datang ke NADI yang berdekatan untuk saringan kesihatan seperti bacaan tekanan darah, BMI dan juga kandungan gula di dalam badan. Objektif utama adalah untuk mengalakkan komuniti untuk lebih peduli menjaga kesihatan masing-masing dengan mengambil langkah proaktif mengetahui tahap kesihatan masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: