E-Kelas Maxis Sejarah Kertas 1
10 November 2024 | Aktiviti TerkiniPada 09 November 2024 (Sabtu), NADI Sg. Bandung telah mempromosikan ulangkaji bersama Maxis Ekelas kepada pelajar-pelajar sekolah menengah tingkatan empat dan lima. Hebat dengan ekelas Edisi SPM 2024 bertujuan untuk membimbing dan menyokong pelajar-pelajar yang sedang mebuat persediaan untuk peperiksaan SPM dan lima mata Pelajaran iaitu Sejarah, Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains. Empat orang pelajar tingkatan empat telah menyertai maxis ekelas untuk subjek Sejarah Kertas 1 secara dalam talian iaitu Zoom. Petugas NADI juga telah memberi bimbingan kepada pelajar-pelajar untuk mendaftar akaun ekelas menggunakan DELIMA dan cara menggunakan akaun ekelas untuk mencari bahan rujukan untuk subjek sejarah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: