Webinar Kesejahteraan Kendiri Pemakanan Seimbang Elak Hipertensi & Obesiti
13 November 2024 | Aktiviti TerkiniPada 12 November 2024 (Selasa), petugas NADI dan seorang Ahli NADI telah menyertai sesi webinar dalam talian menggunakan Google Meet berkaitan dengan Pemakanan Seimbang Elak Hipertensi & Obesiti. Webinar kali ini menampil pakar diet, Hj Ridzoni Sulaiman untuk memberi petua pemakanan berguna untuk kesihatan kita. Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembersaran dan menjaga kesihatan. Dalam webinar ini menerangkan pemakanan seimbang yang disarankan untuk mengelak hipertensi dan juga obesiti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: