Webinar Kesejahteraan Kendiri Pendekatan Menangani Diabetes
20 November 2024 | Aktiviti TerkiniPada 19 November 2024 (Selasa), petugas NADI telah menyertai sesi webinar dalam talian menggunakan Google Meet. Dalam webinar ini menerangkan berkaitan dengan cara menangani diabetes. Penyakit kencing manis atau diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan pada penghidapnya. Terdapat beberapa pendekatan untuk menangani diabetes iaitu mendapatkan rawatan di hospital dengan berjumpa doktor, penjagaan makanan dan berat badan, bersenam, insulin serta pemakanan pesakit diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori dan ianya perlu seimbang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: