Webinar Kesejahteraan Kendiri Ancaman Strok
27 November 2024 | Aktiviti TerkiniPada 26 November 2024 (Selasa), petugas NADI telah menyertai sesi webinar dalam talian menggunakan Google Meet. Dalam webinar ini menerangkan berkaitan ancaman strok. Strok merupakan penyakit yang disebabkan oleh sumbatan pada salur darah di otak ataupun dikenali sebagai pecah pembuluh darah di otak. Dalam webinar ini juga menerangkan berkaitan dengan tiga jenis strok iaitu strok iskemik, strok berdarah dan strok kecil iaitu strok minor sahaja. Faktor seseorang itu boleh terkena serangan strok ialah seseorang yang menghadapi penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kolestrol, obesiti, gaya hidup tidak sihat, merokok dan sakit jantung. Untuk mencegah strok hendaklah mengamalkan gaya hidup sihat dan memastikan keadaan kesihatan kita dalam keadaan baik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: