Pameran Smart Services Program di Sekolah Rendah Kebangsaan Pati
29 November 2024 | Aktiviti TerkiniPada 28 November 2024 (Rabu), petugas NADI Sg. Bandung telah membuka booth untuk Pameran Smart Services Program di Sekolah Rendah Kebangsaan Pati. Petugas NADI telah mempromosikan Smart Services yang terdapat di NADI kepada pelajar-pelajar dan guru-guru sekolah tersebut. Petugas NADI juga telah membuat saringan kendiri kepada pelajar-pelajar & guru-guru sekolah. Selain itu, pelbagai aktiviti lain juga diadakan untuk pelajar-pelajar tersebut iaitu membuat kuiz dalam talian menggunakan Wordwall. Petugas juga menyediakan saguhati kepada pelajar-pelajar yang menyertai kuiz dalam talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: