eKelas Usahawan: Modul 1: Strategi Pemasaran Digital
11 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniSatu webinar eKelas Usahawan telah diadakan dengan tajuk Strategi Pemasaran Digital. Dua orang peserta dari NADI Sungai Bandung telah menyertai webinar ini dalam talian menggunakan platform Zoom. Webinar ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada usahawan tentang cara mengurus dan mengukur keberkesanan pemasaran digital secara berkesan bagi meningkatkan impak kempen serta prestasi perniagaan melalui strategi digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: