dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sg. Bandung, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Kesedaran eSukan Anti Doping & Bahan Terlarang eSukan

11 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Oktober 2025, tiga orang peserta dari NADI Sungai Bandung telah menyertai Kelas Kesedaran eSukan Anti Doping & Bahan Terlarang eSukan. Sesi ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai maksud doping dalam konteks eSukan serta bahaya penggunaannya terhadap kesihatan dan integriti pemain.

Sepanjang sesi, peserta telah menonton video pembelajaran yang menerangkan dengan jelas maksud doping, jenis-jenis bahan yang biasa dilarang, serta kesalahan dan akibat yang boleh dikenakan terhadap pemain yang terlibat. Tayangan ini juga membantu peserta memahami kepentingan membina kesedaran untuk mengelakkan penggunaan bahan terlarang dan mengekalkan persaingan yang sihat dalam eSukan.

Melalui aktiviti ini, peserta dapat menyedari kepentingan mengamalkan nilai disiplin, tanggungjawab dan integriti dalam dunia eSukan. Program ini diharap dapat melahirkan komuniti pemain eSukan yang lebih beretika, sihat dan bebas daripada sebarang bentuk doping.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.