Webinar Kidventure Cohort 6 Pelan Perniagaan Pintar Saya
12 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 11 Oktober 2025, dua orang peserta dari NADI Sungai Bandung telah menyertai Webinar KidVenture Cohort 6 yang dijalankan secara dalam talian melalui platform Google Meet. Sesi ini berfokus kepada topik Pelan Perniagaan Pintar Saya, bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang asas keusahawanan dan kemahiran merancang perniagaan secara kreatif dan strategik.
Sepanjang sesi, peserta didedahkan kepada langkah-langkah membina pelan perniagaan yang berkesan seperti mengenal pasti idea perniagaan, menentukan sasaran pelanggan, mengurus kos serta strategi pemasaran. Penceramah turut berkongsi contoh pelan perniagaan sebenar bagi membantu pelajar memahami bagaimana sesuatu idea boleh dikembangkan menjadi peluang perniagaan yang berdaya maju.
Selain itu, peserta berpeluang berinteraksi secara langsung dengan penceramah melalui sesi soal jawab. Ini memberi ruang kepada mereka untuk mendapatkan panduan serta nasihat dalam memperkukuh idea perniagaan masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: