dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sg. Bandung, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Kesedaran Perkembangan Dunia eSukan

13 Disember 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Disember 2025, seorang peserta dari NADI Sungai Bandung telah mengikuti kelas kesedaran di LMS Esukan yang membincangkan topik Perkembangan Dunia eSukan. Dalam kelas ini, peserta didedahkan kepada perkembangan pesat industri eSukan serta perubahan trend permainan di peringkat global dan tempatan.
Peserta mempelajari bahawa dunia eSukan bukan lagi didominasi oleh lelaki sahaja, tetapi turut mendapat penyertaan aktif daripada perempuan. Jumlah pemain perempuan semakin meningkat dalam komuniti, kejohanan kompetitif, dan pasukan profesional, membuktikan bahawa eSukan kini merupakan bidang yang terbuka untuk semua jantina.

Selain itu, peserta turut diperkenalkan kepada peralihan trend permainan eSukan yang semakin mudah diakses, termasuk kemampuan untuk dimuat turun secara percuma melalui telefon bimbit. Perkembangan ini membolehkan lebih ramai individu, tanpa mengira umur atau jantina, menyertai dunia eSukan dengan lebih mudah, meningkatkan penyertaan serta mempopularkan permainan dalam kalangan pelbagai komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.