Bengkel IoT Inovasi Sesi 2
13 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 12 Oktober 2025, seorang pelajar sekolah menengah telah menyertai Bengkel Tiny Techies: IoT Inovasi Sesi 2 yang secara atas talian melalui platform Google Meet di NADI Sungai Bandung. Bengkel ini merupakan sambungan daripada sesi pertama dan memberi tumpuan kepada pembelajaran dalam bidang Internet of Things (IoT).
Dalam sesi kali ini, peserta mempelajari tentang konsep input dan output digital serta bagaimana kedua-dua elemen ini berfungsi dalam sistem elektronik dan IoT. Peserta didedahkan kepada cara mengawal dan memanipulasi output digital bagi menghasilkan tindak balas tertentu menggunakan peranti dan komponen elektronik yang sesuai.
Sebagai latihan amali, peserta telah membangunkan projek Lampu Isyarat Trafik dengan menggunakan komponen Traffic Light sebagai output digital. Melalui aktiviti ini, peserta menyambungkan komponen lampu isyarat kepada papan kawalan serta menulis kod pengaturcaraan ringkas untuk mengawal nyalaan lampu merah, kuning, dan hijau secara berurutan. Projek ini membantu peserta memahami bagaimana sistem kawalan digital diaplikasikan dalam situasi sebenar seperti pengurusan trafik automatik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: