Cybersecurity: Lindungi Identiti Digital Anda
14 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniPada 13 Jun 2025 (Jumaat), peserta dari NADI Sungai Bandung telah menyertai webinar Cybersecurity yang bertajuk Lindungi Identiti Digital Anda. Untuk sesi kali ini, webinar ini membincangkan tentang topik-topik berkenaan dengan bagaimana kebocoran data dan serangan siber yang berlaku pada hari ini antaranya ialah "dark web" dan risiko digital; serta teknik LTLR, iaitu "Less Target, Less Risk". Selain itu, penceramah juga membuat demonstrasi tentang teknik keselamatan digital dan contoh-contoh serangan siber yang sering terjadi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: