dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sg. Bandung, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Webinar Kidventure Cohort 2 Pemasaran

15 Jun 2025 | Aktiviti Terkini

Peserta NADI Sungai Bandung telah menyertai webinar Kidventure untuk Cohort 2 bertajuk Pemasaran yang diadakan pada 14 Jun 2025 (Sabtu). Webinar ini merupakan kesinambungan sesi pembelajaran dalam Program NADI x Kidventure Cohort 2 yang memberi fokus kepada topik Pemasaran. Dalam sesi ini, peserta didedahkan kepada asas dan strategi pemasaran yang sesuai dengan keperluan usahawan muda serta cara memasarkan produk secara kreatif di platform digital.

Program ini bertujuan memupuk minat dalam bidang keusahawanan sejak usia muda dan membina keyakinan diri untuk berkomunikasi serta menjual idea atau produk secara berkesan. Sesi ini disampaikan oleh Puan Zauyah yang berkongsi ilmu serta strategi penting untuk membantu peserta memahami konsep dan aplikasi pemasaran secara praktikal.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.