NADI Shield Taklimat Lindungi Data Peribadi
15 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 14 Mei 2025 (Rabu), NADI X Kesedaran telah mengadakan taklimat Shield yang bertajuk Lindungi Data Peribadi untuk peserta 13 tahun ke atas. Taklimat ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran peserta tentang pentingnya melindungi data peribadi anda. Jangan biarkan data anda jatuh ke tangan orang yang salah. Para peserta diberi penerangan berkaitan ancaman privasi dan perlindungan data. Selain itu, penerangan berkaitan cara melindungi data peribadi seperti melalui kata laluan yang kukuh, sentiasa kemaskini peranti dan jangan klik pautan yang mencurigakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: