Webinar Berkala Bahasa Inggeris Edisi ke-4
17 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 16 Ogos 2025 (Sabtu), seorang pelajar dari NADI Sungai Bandung telah menyertai satu Webinar Berkala Bahasa Inggeris Edisi ke-4 dengan topik “Pengukuhan Format & Persediaan UASA”. Webinar ini telah dianjurkan khusus bagi membantu pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 membuat persediaan menghadapi penilaian Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA).
Program ini memberi fokus kepada penerangan format soalan terkini, strategi menjawab dengan lebih berkesan, serta tips pembelajaran berstruktur bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Penceramah turut menekankan kepentingan latihan berterusan, pengurusan masa ketika peperiksaan, serta membina keyakinan diri pelajar dalam penggunaan bahasa.
Webinar ini merupakan satu platform yang bermanfaat untuk pelajar mengukuhkan pemahaman, sekaligus mempersiapkan mereka menghadapi UASA dengan lebih yakin.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: