Podcast NADIPreneur: Tawaran Nilai Hebat, Pelanggan Pasti Terpikat
18 Disember 2025 | Aktiviti TerkiniPada 17 Disember 2025, dua orang peserta NADIPreneur dari NADI Sungai Bandung telah menonton video podcast bertajuk “Tawaran Nilai Hebat, Pelanggan Pasti Terpikat” di NADI Sungai Bandung. Podcast ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan menawarkan nilai yang menarik kepada pelanggan dan strategi untuk memastikan produk atau perkhidmatan mereka menonjol di pasaran.
Sepanjang tontonan, peserta memahami bagaimana menilai keperluan pelanggan, mencipta tawaran yang berbeza daripada pesaing, serta membangunkan pendekatan pemasaran yang efektif. Podcast ini turut menekankan kepentingan inovasi, kreativiti, dan pemikiran strategik dalam memastikan perniagaan dapat menarik minat pelanggan dengan lebih berkesan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: