Mental Health Is Real: Remaja Perempuan & Kesihatan Mental
3 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 02 Mei 2025 (Jumaat), petugas NADI Sungai Bandung telah menyertai webinar dalam talian iaitu “Mental Health is Real: Remaja Perempuan dan Kesihatan Mental” yang disampaikan oleh Puan Farhah Afifah Binti Zulkiflee yang merupakan seorang pegawai psikologi di Klinik Kesihatan Cheras. Webinar ini menerangkan berkaitan dengan isu Kesihatan mental yang sering dialami oleh remaja perempuan dalam kalangan umur 13 tahun hingga 19 tahun.
Isu kesihatan mental yang selalu dialami oleh remaja perempuan termasuklah tekanan sosial, body image, perbandingan dalam media sosial dan stigma terhadap emosi. Ibu bapa hendaklah memantau kesihatan mental anak-anak masing-masing dengan bertanya apakah masalah yang dialami oleh anak mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: