Mahir Short Learning Pemasangan dan Fungsi Water Quality Tester
21 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 20 November 2025, seramai dua orang peserta telah menyertai sesi Mahir Short Learning mengenai pemasangan dan fungsi Water Quality Tester. Sesi ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan praktikal kepada peserta tentang cara memasang alat tersebut serta memahami fungsi dan penggunaannya dalam memantau kualiti air.
Peserta diberi tunjuk ajar langkah demi langkah pemasangan alat, cara membaca bacaan, serta kaedah penyelenggaraan asas untuk memastikan peranti berfungsi dengan tepat. Aktiviti ini membantu peserta memahami kepentingan penggunaan Water Quality Tester dalam memastikan air berada pada tahap kualiti yang selamat dan sesuai digunakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: