dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sg. Bandung, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Webinar Kesejahteraan Kendiri – Bukan Malas, Bukan Degil 'Mengenali & Membantu Kanak-kanak Dengan Masalah Pembelajaran Khusus

22 Februari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat yang lepas, petugas NADI Sungai Bandung telah menyertai Webinar Kesejahteraan Kendiri yang bertajuk Bukan Malas, Bukan Degil “Mengenali & Membantu Kanak-kanak Dengan Masalah Pembelajaran Khusus” secara dalam talian menggunakan Google Meet. Untuk sesi ini telah disampaikan oleh Mr. Teow Chean Khai, Presiden Malaysia Educational Psychology Society (MEPS).

Untuk topik kali ini akan membincangkan berkenaan dengan:
i. Apakah itu Masalah Pembelajaran Khusus dan bagaimana ia berbeza dengan kelewatan akademik biasa
ii. Cara mengenal pasti tanda-tanda awal dalam kanak-kanak
iii. Teknik dan strategi untuk membantu mereka berjaya dalam pembelajaran

Musim sekolah pun telah bermula, ada dikalangan pelajar yang mengalami kesukaran membaca, menulis ataupun memahami pelajaran. Kadangkala cabaran dalam pembelajaran bukan kerana mereka malas atau tidak berusaha tetapi ada dikalangan pelajar tersebut mempunyai masalah pembelajaran khusus (Specific Learning Disabilities (SLD)) seperti Disleksia, ADHD dan Diskalkulia. Ibu bapa hendaklah memainkan peranan yang penting dalam memantau pembelajaran anak-anak dan jika mendapati tanda-tanda awal dalam kanak-kanak hendaklah mendapatkan rawatan. Selain itu juga, ibu bapa juga boleh memberikan sokongan di rumah seperti mengajar pembelajaran melalui pelbagai deria.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.