Webinar Gerak Gempur Bahasa Melayu
23 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 22 November 2025, seorang peserta dari NADI Sungai Bandung telah menyertai Webinar Gerak Gempur Bahasa Melayu yang dijalankan secara dalam talian. Webinar ini menampilkan Cikgu Hasfariza sebagai penceramah. Topik yang diajar merangkumi karangan, pemahaman, dan rumusan.
Sepanjang sesi berlangsung, peserta mempelajari teknik menulis karangan yang tersusun dan padat, cara memahami soalan pemahaman dengan tepat, serta langkah-langkah membuat rumusan berdasarkan maklumat dalam teks. Cikgu Hasfariza turut berkongsi contoh jawapan yang baik, kesilapan lazim yang sering dilakukan pelajar, serta strategi pengurusan masa semasa menjawab soalan peperiksaan.
Webinar ini memberi peluang kepada peserta untuk memahami dan mengamalkan kaedah menjawab soalan berkaitan karangan, pemahaman, dan rumusan dalam subjek Bahasa Melayu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: