Podcast NADI Preneur : Kekal Relevan - Perniagaan Kalis Peluru
26 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 25 November 2025, seramai dua orang peserta telah menyertai sesi menonton Podcast NADI Preneur bertajuk Kekal Relevan: Perniagaan Kalis Peluru di NADI Sungai Bandung. Aktiviti ini dijalankan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai strategi dan pendekatan yang boleh digunakan untuk mengekalkan perniagaan yang berdaya saing walaupun menghadapi cabaran ekonomi atau perubahan pasaran.
Sepanjang sesi, peserta didedahkan dengan konsep perniagaan kalis peluru, termasuk teknik menyesuaikan produk atau perkhidmatan dengan kehendak pasaran, pengurusan sumber secara cekap, serta cara menangani cabaran perniagaan dengan kreatif dan inovatif. Peserta juga mempelajari tip dan strategi praktikal yang boleh diaplikasikan dalam perniagaan mereka sendiri untuk meningkatkan ketahanan dan keberkesanan operasi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: