Webinar Kesejahteraan Kendiri – Kesuburan Lelaki: Fakta, Mitos & Cara Tingkatkan Peluang Anda
26 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada selasa yang lepas, petugas NADI Sungai Bandung telah menyertai Webinar Kesejahteraan Kendiri yang bertajuk Kesuburan Lelaki: Fakta, Mitos & Cara Tingkatkan Peluang Anda secara dalam talian menggunakan Google Meet. Untuk sesi ini telah disampaikan oleh Dr. Ruhaizad Bin Daud yang merupakan Dr Perubatan Am dari Klinik Sabah akan membincangkan :
i. Faktor utama yang mempengaruhi kesuburan lelaki – dari gaya hidup hingga Kesihatan tubuh
ii. Mitos vs Fakta – benarkah pemakaian seluar ketat boleh menjejaskan kesuburan?
iii. Langkah praktikal untuk meningkatkan kesuburan secara semula jadi – pemakanan supplemen dan rawatan terkini
Untuk webinar kali ini, Dr. Ruhaizad akan berkongsi mengenai apa yang boleh mempengaruhi kesuburan lelaki iaitu mengamalkan gaya hidup yang sihat. Pelbagai faktor boleh menyumbang kepada kesuburan lelaki iaitu dengan menjaga berat badan. Berlebihan atau kekurangan berat badan boleh mempengaruhi kesuburan anda. Selain itu, webinar ini berkongsi juga cara untuk meningkatkan kesuburan secara semula dan menambah peluang menimang cahaya mata dengan pasangan anda.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: