NADI Shield Laman Web Berbahaya
6 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniPada 05 Jun 2025 (Khamis), NADI X Awareness iaitu NADI Shield telah mengadakan taklimat dalam talian bertajuk Laman Web Berbahaya. Taklimat ini dijalankan secara dalam talian iaitu menggunakan Google Meet. Dua orang peserta dari NADI Sungai Bandung telah mengikuti taklimat tersebut. Dalam sesi taklimat tersebut, peserta diberi pendedahan tentang cara untuk melindungi diri daripada laman web yang berbahaya dan memahami jenis-jenis laman web berbahaya.
Disamping itu, ia memberi pendedahan mengenai laman web berbahaya yang tidak selamat dan boleh mengancam keselamatan data serta peranti pengguna. Selain itu juga, terdapat kuiz yang diadakan pada sesi akhir taklimat untuk para peserta untuk menguji kefahaman peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: