Mitos & Fakta Tentang Kesuburan: Jangan Mudah Percaya!
7 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 06 Mei 2025 (Selasa), satu inisiatif NADI Kesejahteraan Kendiri iaitu webinar FlourisHER diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kesuburan wanita serta membetulkan persepsi umum yang sering terpengaruh dengan mitos-mitos yang tidak berasaskan fakta. Petugas NADI Sungai Bandung telah menyertai webinar dalam talian iaitu mengenai Mitos & fakta tentang kesuburan. Bersama penceramah jemputan iaitu Prof Madya Dr Habibah Abdul Hamid merupakan Pakar Perunding O&G dan juga Pakar Kesuburan dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM.
Antara topik yang disentuh termasuklah punca-punca sebenar ketidaksuburan, peranan gaya hidup terhadap kesuburan, serta intervensi yang berkesan dan selamat. Sesi interaktif turut memberi peluang kepada peserta untuk bertanya soalan dan mendapatkan jawapan terus daripada pakar yang berpengalaman dalam bidang kesihatan wanita.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: