SLS Mahir Masak Viral Banana Puding
8 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 07 Oktober 2025, seramai empat orang peserta dari NADI Sungai Bandung telah mengikuti program SLS Mahir Masak: Viral Banana Pudding yang disiarkan secara langsung melalui saluran YouTube Studio Mahir. Program ini dikendalikan oleh Cikgu Ros di bawah inisiatif NADI Mahir.
Program ini memberi tumpuan kepada penyediaan pencuci mulut yang sedang tular, iaitu Viral Banana Pudding. Sepanjang sesi, peserta diperkenalkan dengan bahan-bahan utama seperti pisang segar, biskut, krim dan kastard, serta langkah-langkah untuk menghasilkan lapisan puding yang kemas dan menarik.
Cikgu Ros turut berkongsi tip dan teknik bagi memastikan puding tidak berair, cara penyimpanan yang betul, serta idea hiasan bagi menjadikan hidangan lebih menarik untuk dijual atau dijadikan pencuci mulut keluarga.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: