NADI Awareness – Taklimat Buli Siber
20 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 19 Ogos 2025 (Selasa), seramai 4 orang pelajar telah menyertai Taklimat Buli Siber. Taklimat Buli Siber ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang bahaya buli siber yang semakin membimbangkan.
Penceramah telah menekankan bahawa buli siber boleh memberi kesan negatif yang serius seperti tekanan emosi, kemurungan, menurunkan keyakinan diri dan dalam kes tertentu mendorong kepada tindakan berbahaya. Pelajar turut diberi pendedahan tentang cara mengenali tanda-tanda mangsa buli siber serta langkah pencegahan seperti melaporkan kejadian, tidak membalas mesej provokasi, serta mengutamakan penggunaan internet secara berhemah.
Webinar ini diharap dapat membina kesedaran sivik digital, menggalakkan sikap saling menghormati dalam talian, dan mengurangkan kes buli siber dalam kalangan kanak-kanak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: