NADI Awareness – Taklimat Pembelian Dalam Talian
21 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 20 Ogos 2025 (Selasa), seramai 3 orang peserta telah menyertai Taklimat Pembelian Dalam Talian. Taklimat Pembelian Dalam Talian ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar dan komuniti tentang cara membeli secara selamat di internet.
Peserta diterangkan mengenai langkah berhati-hati seperti memilih laman web yang dipercayai, tidak mendedahkan maklumat peribadi, serta memeriksa butiran penjual sebelum membuat pembayaran. Taklimat ini diharap dapat membantu masyarakat menjadi pengguna yang bijak dan mengelakkan daripada penipuan dalam talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: