Program Kempen Internet Selamat di SK Plaman Baki/Menaul, Serian
21 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 20 Ogos 2025, seramai 135 orang murid dari Tahap 1 dan Tahap 2 di SK Plaman Baki/Menaul telah menyertai Program Kempen Internet Selamat (KIS) bersama NADI Kluster Serian Tebedu. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan asas keselamatan digital kepada murid-murid, termasuk risiko dalam talian, had umur penggunaan media sosial dan pentingnya etika semasa berinternet.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah Penetapan Minda (Pecah Ruyung), diikuti pelajaran bertema seperti Literasi Digital, Had Umur Penggunaan Media Sosial, Bahaya Media Sosial, serta Alternatif kepada Media Sosial.
Secara keseluruhan, program ini berjaya mencapai objektifnya dengan meningkatkan pemahaman murid tentang fungsi aplikasi internet, had umur media sosial, dan bahaya penggunaannya secara tidak terkawal. Program turut menggalakkan murid untuk meneroka aktiviti alternatif yang lebih sihat dan bermanfaat di luar media sosial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: