Webinar Motivasi Pelajar
24 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 23 Ogos 2025 (Sabtu), seorang pelajar Tingkatan 4 telah menyertai Webinar Motivasi Pelajar. Webinar ini telah membincangkan topik “Kenal Diri, Pilih Kerjaya: Merancang Masa Depan” Webinar ini telah dijalankan bagi memberi inspirasi dan panduan kepada pelajar. Sesi ini menekankan kepentingan mengenali potensi diri, membuat pilihan kerjaya yang tepat serta merancang langkah ke arah masa depan yang lebih cemerlang. Webinar ini diadakan dalam suasana santai namun sarat dengan perkongsian bermanfaat yang diharap dapat membantu pelajar membuat keputusan bijak untuk mencapai kejayaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: