Webinar eSukan - Introduction to Conceptual Design
24 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 23 Ogos 2025 (Sabtu), tiga orang peserta telah menyertai Webinar eSukan yang bertajuk “Introduction to Conceptual Design”. Webinar ini memberi pendedahan tentang ilmu asas dan aplikasi conceptual design yang sesuai digunakan dalam bidang eSukan, kreatif, animasi, reka bentuk serta penulisan. Conceptual design bermaksud rekaan awal sebelum sesuatu projek dibuat. Pada peringkat ini, idea dan lakaran ringkas akan dibuat untuk menunjukkan rupa atau jalan cerita asas.
Webinar ini bukan sahaja membuka ruang untuk peserta memahami asas rekaan konsep, malah turut memperkenalkan siri webinar seterusnya yang merangkumi 2D Animation for Beginners, Visual Storytelling – From Idea to Pitch, Basic Storyboarding dan Basic Scriptwriting for Animation & Short Film. Sesi ini diharap dapat memberi inspirasi serta meningkatkan kemahiran peserta dalam dunia digital kreatif dan e-sukan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:
 
         
         
        




