dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sg. Bandung, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Emosi Pun Subjek: Kenapa Sekolah Perlu Ajar Anak Urus Perasaan

26 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Ogos 2025 (Isnin), seorang peserta telah menyertai Podcast Kesejahteraan Kendiri yang bertajuk “Emosi Pun Subjek: Kenapa Sekolah Perlu Ajar Anak Urus Perasaan”. Podcast ini menekankan kepentingan pendidikan emosi dalam kalangan murid. Penceramah jemputan podcast kali ini ialah Khai Teow yang merupakan seorang pakar psikologi pendidikan,

Menurut penceramah, kestabilan emosi memberi kesan langsung terhadap pembelajaran dan tingkah laku murid, malah sekolah serta ibu bapa berperanan penting melengkapkan anak-anak dengan kemahiran kecerdasan emosi (EQ). Walaupun tiada subjek khusus, guru digalakkan menerapkan aktiviti mudah seperti kad perasaan, rutin refleksi, latihan pernafasan dan bercerita bagi membantu murid mengenali serta mengurus emosi mereka.

Beliau menegaskan pendidikan emosi perlu diberi perhatian sama penting dengan akademik agar generasi akan datang bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran, tetapi juga matang mengendalikan emosi dan hubungan sosial.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.