Cybersecurity - Kebenaran Menakutkan Disebalik Dark Web
29 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 28 Ogos 2025 (Khamis), empat orang peserta telah menyertai Webinar Cybersecurity yang bertajuk “Kebenaran Menakutkan Disebalik Dark Web”. Dalam sesi ini, peserta diperkenalkan kepada maksud dan fungsi Dark Web serta diberikan penjelasan mengenai perbezaannya dengan internet biasa. Selain itu, pendedahan turut dibuat berhubung ancaman jenayah siber yang melibatkan kumpulan jenayah terancang atau Organised Crime Group (OCG).
Antara aktiviti yang dibincangkan termasuk penipuan kewangan, penjualan data peribadi dan kegiatan perdagangan gelap yang berlaku secara meluas di ruang siber. Peserta juga diberi panduan dan langkah pencegahan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa, yang akan membantu membezakan fakta dan mitos berkaitan Dark Web. Webinar ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai ancaman keselamatan digital serta mendorong pengguna untuk lebih berwaspada ketika menggunakan internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: