Tips Untuk Content Creator
13 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 12 April 2025 (Sabtu), NADI Mahir telah mengadakan program khas secara berkala iaitu Mahir Short Learning Series (SLS) yang merupakan Pembelajaran Singkat/One Time Learning bagi komuniti yang berminat. Tiga orang peserta NADI Sungai Bandung telah menyertai Tips Untuk Content Creator. Kelas Mahir Short Learning Series kali ini bersama Fahmi Samsudin atau lebih dikenali sebagai Encik Pamey merupakan Pensyarah Diploma Fotografi UiTM Lendu, Melaka dan juga seorang Content Creator yang berpengalaman.
Mahir Short Learning ini diadakan untuk komuniti yang berminat untuk memulakan atau mengembangkan kerjaya sebagai seorang content creator. Peserta akan mempelajari pelbagai tips seperti merancang idea kandungan, strategi dalam meningkatkan engagement dan follower.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: