dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sg. Bandung, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Webinar Berkala Sejarah

13 April 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 12 April 2025 (Sabtu), Pihak NADI Nurture-DiLea telah mengadakan Program Khas iaitu Webinar Berkala Sejarah khusus untuk pelajar-pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5. Untuk sesi webinar berkala sejarah kali ini bersama Cikgu Faris, Panel Perunding Mata Pelajaran Sejarah Negeri Johor. Dua orang peserta dari NADI Sungai Bandung telah menyertai Webinar Berkala Sejarah di NADI.

Peserta telah mendapat pendedahan komprehensif mengenai kaedah pembacaan aktif SQ3R dan pengambilan Nota Sistem Cornell. Kedua-dua teknik yang dikongsikan ini dapat membantu pelajar-pelajar untuk memahami isi penting dengan lebih mendalam dan dapat menyusun nota dengan lebih teratur.

Webinar ini memberi peluang kepada peserta untuk mendalami peristiwa sejarah, tokoh penting, dan perkembangan zaman dengan lebih jelas dan terperinci. Sesi soal jawab dan perbincangan secara langsung membolehkan peserta berinteraksi dengan penceramah untuk bertanyakan soalan dan mendapatkan maklum balas segera daripada penceramah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.