dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sg. Bandung, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Mentor Tiny Techies Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

21 April 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 20 April 2025 (Ahad), NADI Tiny Techies telah mengadakan Program Mentor Tiny Techies Sesi 2 untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan minat dan literasi teknologi awal kanak-kanak melalui pembelajaran interaktif dan kreatif. Selain itu, ianya juga membimbing pelajar-pelajar dalam meneroka teknologi, mengasah pemikiran kritis serta menyelesaikan masalah menggunakan konsep STEM. Program Mentor Sesi 2 ini merupakan kesinambungan dari sesi pertama yang memberi tumpuan kepada pengukuhan ilmu, latihan praktikal dan bimbingan secara langsung oleh mentor-mentor berpengalaman dalam bidang teknologi dan inovasi digital. Program ini turut memberi kebaikan seperti menggalakkan kerja berpasukan dan komunikasi, serta meningkatkan keyakinan diri pelajar apabila mereka berjaya mencipta dan mengendalikan robot dalam pertandingan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.