dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sg. Bandung, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Webinar Kesejahteraan Kendiri “Overthinking Duit Raya Tekanan ‘Compare-Compare’ Dalam Media Sosial”

26 April 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 25 April 2025 (Jumaat), petugas NADI Sungai Bandung telah menyertai webinar dalam talian iaitu “Overthinking Duit Raya Tekanan ‘Compare-Compare’ Dalam Media Sosial” bersama Cik Amni Salma binti Abu Osman, Pegawai Psikologi S10, Hospital Sungai Buloh. Dalam webinar ini menerangkan tentang tekanan kewangan dan emosi seseorang semasa musim raya. Musim perayaan sepatutnya menggembirakan tetapi ramai di antara kita yang terperangkap dalam tekanan emosi iaitu individu mula membuat perbandingan sosial dengan menilai diri berdasarkan apa yang mereka lihat pada orang lain dan ianya menyebabkan merasa tertekan. Seseorang itu akan bertindak bertentangan dengan kemampuannya sendiri semata-mata untuk kelihatan sesuai di mata orang lain dan menyebabkan bimbang terhadap kewangan. Musim perayaan akan menggunakan banyak duit dan akan menyebabkan individu merasa resah, takut atau stress duit yang tidak cukup, hutang atau takut tak mampu memenuhi harapan semua orang. Selain itu, webinar ini juga menerangkan bagaimana cara untuk menjaga Kesihatan mental dan emosi semasa musim perayaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.