Modul Literasi Digital dan Masa Depan Komuniti
28 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 27 April 2025 (Sabtu), dua orang peserta telah menyertai Kelas Kesedaran eSukan yang bertajuk "Modul Literasi Digital dan Masa Depan Komuniti". Modul kali ini membincangkan tentang memahami potensi e-Sukan sebagai kerjaya dan platform pembangunan diri, menyedari kesan positif e-Sukan terhadap komuniti luar bandar dan juga menginspirasikan peseta untuk menggunakan e-Sukan secara sihat dan berimpak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: