Kod Etika Pemain e-Sukan
28 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 27 April 2025 (Sabtu), dua orang peserta telah menyertai Kelas Pensijilan eSukan yang bertajuk "Kod Etika Pemain e-Sukan". Modul kali ini membincangkan tentang memahami etika dalam konteks e-Sukan, mengenal pasti tingkah laku baik dan buruk dalam komuniti dan juga mengamalkan kod etika sebagai pemain berintegriti. Etika mat penting dalam e-Sukan kerana dapat membina budaya hormat, keselamatan dan kerjasama. e-Sukan bukan sekadar menang, tapi bermatlamat untuk membina komuniti yang sihat. Etika ialah nilai, prinsip atau peraturan tidak rasmi yang menentukan betul, salah adil dan tidak adil.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: