Podcast eSukan Episod 12
28 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 27 April 2025 (Sabtu), dua orang peserta telah menyertai Podcast eSukan Episod 12 yang bertajuk "Ekosistem e-Sukan Johor: Dari Komuniti ke Pentas Dunia". Podcast kali ini telah menampilkan dua tetamu khas daripada Persatuan Sukan Elektronik Negeri Johor iaitu En. Mohd Shahrilnizam Omar, Presiden Persatuan Sukan Elektronik Negeri Johor dan En. Azrul Syahradzi Sazali, Perunding Penjenamaan & Korporat. Dalam episod ini, mereka berkongsi pengalaman dan strategi bagaimana Johor membina ekosistem e-sukan yang mantap, bermula dari komuniti akar umbi hingga ke pentas antarabangsa. Perbincangan juga menyentuh kerjasama dengan agensi, pembangunan bakat tempatan, serta kepentingan penjenamaan dalam dunia e-sukan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: