Program Mentor Tiny Techies Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
28 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 27 April 2025 (Ahad), NADI Tiny Techies telah mengadakan Program Mentor Tiny Techies Sesi 3 untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan minat dan literasi teknologi awal kanak-kanak melalui pembelajaran interaktif dan kreatif. Selain itu, ianya juga membimbing pelajar-pelajar dalam meneroka teknologi, mengasah pemikiran kritis serta menyelesaikan masalah menggunakan konsep STEM. Program Mentor Sesi 3 ini merupakan kesinambungan dari sesi pertama dan kedua yang memberi tumpuan kepada pengukuhan ilmu, latihan praktikal dan bimbingan secara langsung oleh mentor-mentor berpengalaman dalam bidang teknologi dan inovasi digital. Program ini turut memberi kebaikan seperti menggalakkan kerja berpasukan dan komunikasi, serta meningkatkan keyakinan diri pelajar apabila mereka berjaya mencipta dan mengendalikan robot dalam pertandingan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: