Podcast Bukan Mudah Jadi Kuat – Bila Anak Lelaki Jadi Caregiver Ayah
5 Disember 2025 | Aktiviti TerkiniPada 04 Disember 2025, seorang peserta telah menonton video podcast Studio Sihat bertajuk “Bukan Mudah Jadi Kuat – Bila Anak Lelaki Jadi Caregiver Ayah” melalui saluran YouTube Studio Sihat. Podcast ini mengetengahkan kisah benar dan pengalaman emosi seorang anak lelaki yang memikul tanggungjawab sebagai penjaga utama (caregiver) kepada ayahnya yang mengalami masalah kesihatan.
Dalam sesi tersebut, peserta didedahkan kepada cabaran fizikal dan mental yang dihadapi oleh seorang caregiver, termasuk kewajipan mengurus rawatan harian, mengimbangi kerjaya dan kehidupan peribadi, serta tekanan emosi yang sering tidak disedari oleh masyarakat. Podcast ini turut menekankan kepentingan sokongan keluarga, komunikasi terbuka, serta kesedaran masyarakat terhadap peranan caregiver lelaki yang sering dipandang remeh.
Selain itu, peserta turut mempelajari aspek kesihatan mental yang berkaitan dengan tugas caregiving, seperti kepentingan mengambil masa untuk rehat, mendapatkan bantuan profesional apabila perlu, serta menjaga keseimbangan diri agar mampu memberikan penjagaan terbaik kepada ahli keluarga yang memerlukan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: