Podcast Ibu Anak Autistik: Kuat Sebab Terpaksa, Tabah Sebab Sayang
5 Disember 2025 | Aktiviti TerkiniPada 04 Disember 2025, seorang peserta telah menonton podcast Studio Sihat di YouTube bertajuk “Ibu Anak Autistik: Kuat Sebab Terpaksa, Tabah Sebab Sayang”. Podcast ini memberikan pendedahan penting mengenai pengalaman dan cabaran ibu yang membesarkan anak autistik, termasuk tekanan emosi, keperluan sokongan, serta cara menangani tingkah laku anak dengan penuh kesabaran.
Melalui perkongsian pakar dan ibu-ibu berpengalaman, peserta memahami dengan lebih jelas tentang ciri-ciri autisme, kepentingan intervensi awal, serta strategi yang sesuai untuk membantu anak mengurus emosi dan tingkah laku mereka. Podcast ini turut menekankan pentingnya empati, komunikasi yang berkesan, serta sokongan daripada keluarga dan masyarakat dalam membina hubungan positif antara ibu dan anak autistik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: